31 kertas siasatan 3R dibuka tahun ini

31 kertas siasatan 3R dibuka tahun ini

Tan Sri Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 31 kertas siasatan dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun ini membabitkan penghinaan terhadap institusi diraja, perkauman dan agama atau 3R.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada jumlah itu, 17 kes membabitkan institusi diraja, 12 kes isu perkauman dan 12 kes berkaitan agama.

Katanya, kesemua kertas siasatan sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara dan belum menerima arahan pertuduhan setakat ini.

“Penyebaran isu 3R yang mempunyai niat jahat boleh menimbulkan suasana tegang dalam kalangan masyarakat sehingga boleh menggugat keamanan negara, ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat, kestabilan politik, kestabilan ekonomi dan keharmonian antara kaum di negara ini.

“Isu 3R adalah strategi perang baru yang boleh memusnahkan negara dengan hanya melalui hujung jari,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai perlu bersikap lebih matang, jangan terlalu ikut emosi.

“Perlu untuk menapis semua maklumat atau berita atau video yang dikongsi di media sosial serta tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang belum sahih.

“Elakkan penulisan status, komen, ciapan, siaran gambar, poster atau video yang dibuat tanpa memahami faktor sosial budaya dan sensitiviti kaum boleh mengakibatkan timbulnya rasa tidak senang, terhina atau tersinggung,” katanya.

Menurutnya, konsep 3R iaitu penyelidikan, bertanggungjawab dan lapor wajar menjadi teras dan perlu sentiasa dibudayakan sebelum berkongsi sebarang maklumat di media sosial

“Sikap saling hormat menghormati dan sayangkan keamanan perlu disematkan serta jangan terpengaruh dengan agenda-agenda pihak tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya