30 tan beras tempatan mula tiba di Perlis

30 tan beras tempatan mula tiba di Perlis

RAZALI Saad (kiri) meninjau setor penyimpanan beras putih tempatan di sebuah pasar raya sekitar Jalan Behor Pulai, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sebanyak 30 tan metrik atau 3,000 kampit beras putih tempatan (BPT) bersubsidi pada harga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) mula dibekalkan di negeri ini.

BPT tersebut yang mula dibekalkan bermula 1 Mac lalu diagihkan kepada kira-kira 10 kedai sekitar negeri ini membabitkan kawasan Parlimen Arau, Kangar dan Padang Besar. 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Razali Saad berkata, bekalan BPT itu akan dibawa masuk dari masa ke semasa bergantung kepada permintaan dan keperluan pengguna di Perlis

Katanya, kekerapan jumlah bekalan dibawa masuk dalam masa sebulan juga masih belum dipastikan buat masa ini dan ia akan dipantau oleh Kawal Selia Padi dan Beras negeri.

“Kalau kita terus bawa masuk BPT dengan kadar banyak, takut nanti apabila tak laku, ia akan rosak pula, jadi kita lihat dahulu pasaran bagaimana,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan bekalan BPT di sebuah pasar raya di Jalan Behor Pulai di sini hari ini. 

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kerajaan mene­tap­kan BPT bersubsidi pada kadar RM26 bagi sekampit 10 kg dan hanya untuk keperluan keluarga miskin sahaja.

Pengumuman itu membe­ri kelegaan kepada kira-kira 400,000 keluarga miskin di seluruh negara dengan 24 juta kampit akan dijual melalui projek rintis mulai 1 Mac lalu.

Razali berkata, BPT dibawa masuk untuk dipasarkan di negeri ini adalah merupakan bekalan daripada pengilang-pengilang di sekitar Kedah. 

“Kita juga harapkan orang ramai tidak membuat pembelian panik dan menghadkan satu keluarga hanya dua kampit sahaja bagi membolehkan lebih banyak pihak berpeluang mendapatkan BPT ini,” katanya. 

Katanya, Kawal Selia Padi dan Beras juga akan turut memantau dan mencari mekanisme terbaik bagi memastikan BPT itu tidak akan dimonopoli oleh golongan peniaga selepas ini.

“Setakat ini, pihak kawal selia akan bantu pantau dan jika tidak dapat laksana, maka satu kumpulan terdiri daripada semua agensi penguatkuasaan bawah bidang pertanian akan bergabung untuk atasi isu ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya