3 maut, 2 cedera nahas babit 4 kenderaan - Utusan Malaysia

3 maut, 2 cedera nahas babit 4 kenderaan

KEMALANGAN maut melibatkan tiga mangsa dalam kejadian di KM58.4 Lebuhraya Utara-Selatan di Pendang, awal pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Tiga maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.4, Lebuhraya Utara-Selatan, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 3.15 pagi itu, tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Saga BLM dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara dua mangsa yang cedera dikatakan menaiki sebuah pikap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Zulkifli Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.24 pagi.

Katanya, kemalangan dipercayai melibatkan masing-masing sebuah kereta jenis Proton BLM dan pikap serta dua buah lori.

“Sebaik tiba di lokasi, terdapat beberapa mangsa tersepit di dalam kereta dan anggota bertindak mengeluarkan mereka dengan peralatan khas,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, Superintenden Rodzi Abu Hassan mengesahkan kemalangan itu dan maklumat lanjut akan diberikan selepas siasatan awal dilakukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya