26 lelaki ditahan lombong emas, mineral secara haram

26 lelaki ditahan lombong emas, mineral secara haram

SALAH sebuah jentera yang disyaki digunakan untuk melombong mineral secara haram dirampas di Kampung Rusila, Marang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seramai 26 lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti melombong emas dan mineral secara haram dalam serbuan di tiga lokasi semasa Op Bersepadu Khazanah di daerah ini, semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab, Hamid berkata, serbuan Batalion 9 PGA dan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu itu turut merampas peralatan melombong emas dan mineral bernilai kira-kira RM2.11 juta.

Katanya, pemeriksaan pertama dilakukan di sebuah lombong berdekaran kawasan perumahan di sini, kira-kira pukul 2.15 petang mendapati kegiatan melombong emas dilakukan 11 lelaki berumur antara 32 tahun hingga 56 tahun.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, mereka gagal menunjukkan lesen pelombongan yang sah sebelum polis menahan serta merampas semua peralatan dan mesin jentera seperti sebuah jengkaut, sebuah mesin pencuci batu dan dua buah mesin pam air yang digunakan untuk melombong membabitkan rampasan bernilai RM450,000.

“Dalam pemeriksaan kedua kira-kira pukul 3 petang di sebuah kawasan lombong di Kampung Rusila, seramai lapan lelaki berusia antara 17 tahun hingga 46 tahun yang dipercayai terbabit dalam kegiatan melombong emas secara haram membabitkan pelbagai peralatan melombong yang dianggarkan bernilai RM510,000,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, pihaknya menahan tujuh lelaki berusia 28 hingga 61 tahun dalam pemeriksaan ketiga di sebuah kawasan lombong di Kampung Rusila di sini, pukul 4 petang kerana melombong mineral secara haram.

Katanya, kesemua mereka gagal menunjukkan lesen pelombongan mineral yang sah sebelum pihaknya merampas semua peralatan dan mesin jentera seperti sebuah lori, tiga jengkaut, sebuah mesin pencuci batu dan dua buah mesin pam air yang digunakan untuk melombong membabitkan rampasan bernilai RM 1.15 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya