2,245 pegawai perubatan perlu buat pemilihan penempatan semula

Sistem e-Placement alami gangguan teknikal, 2,245 pegawai perubatan perlu buat pemilihan penempatan semula

2,245 pegawai perubatan perlu buat pemilihan penempatan semula
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksakan pemilihan baharu penempatan melibatkan 2,245 pegawai perubatan berikutan sistem ePlacement mengalami masalah gangguan teknikal.

KKM dalam kenyataan memaklumkan, gangguan teknikal ini menyebabkan kesilapan dalam pemilihan penempatan sejumlah Pegawai Perubatan Gred UD10 itu sekali gus menjejaskan agihan yang ditetapkan dalam sistem ePlacement.

Menurutnya, gangguan teknikal itu berlaku selama satu jam 30 minit ketika sistem ePlacement dibuka pada Khamis, 27 Februari lalu pukul 3:00 petang.

“Bagi memastikan ketelusan dalam proses penempatan dan menangani isu maldistribusi, KKM mengambil langkah iaitu semua pemilihan yang dibuat pada tarikh itu dibatalkan.

“Pemilihan baharu akan dibuka pada Isnin, 17 Mac ini pukul 3:00 petang menerusi sistem ePlacement,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KKM berkata, calon yang ingin mengemukakan rayuan pertukaran penempatan boleh berbuat demikian melalui Google Form dalam sistem ePlacement.

Jelasnya, tempoh rayuan dibuka dari 17 hingga 23 Mac ini dan hanya rayuan yang dikemukakan dengan dokumen lengkap dalam tempoh ditetapkan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Rayuan Penempatan dan Pertukaran.

“Keputusan rayuan akan diumumkan pada Isnin, 28 April depan melalui portal Semakan Kerjaya KKM.

“KKM amat kesal atas kesulitan yang dihadapi oleh para calon dan memberikan jaminan bahawa langkah-langkah penambahbaikan akan dilaksanakan bagi mengelakkan isu ini daripada berulang,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya