UMT anjur program bantuan kepada pelajar, asnaf terima

200 pelajar, asnaf terima manfaat program tuisyen

DR. Mohd Zamri (dua kiri) menyerahkan watikah kepada wakil pengurusan sekolah yang terlibat dengan penganjuran program Asnaf to Asnaf yang diadakan di Kuala Nerus, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Program Asnaf to Asnaf (A to A), inisiatif tuisyen komuniti anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Etiqa Family Takaful Berhad, kini memasuki musim keempat dengan penjenamaan baharu sebagai Tuisyen Komuniti Etiqa.

Naib Canselor UMT, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim berkata, program itu terus diperluaskan bagi membantu lebih ramai pelajar sekolah rendah dan menengah yang memerlukan bimbingan akademik, khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).

“Program ini telah memberi impak positif bukan sahaja kepada pelajar sekolah, tetapi juga kepada mahasiswa UMT yang terlibat sebagai tenaga pengajar. Dengan dana tajaan sebanyak

RM365,400 daripada Etiqa Family Takaful Berhad, program ini dapat menyediakan modul pembelajaran, latihan intensif, serta analisis data untuk menambah baik keberkesanan tuisyen ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Ihsan Ramadan dan Peluncuran Program Asnaf to Asnaf di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT, Kuala Nerus baru-baru ini.

Tambah beliau, tajaan daripada Etiqa turut merangkumi RM10,000 dana zakat untuk membantu pelajar asnaf UMT, RM10,000 duit raya kepada 200 pelajar serta RM5,000 bagi penyediaan iftar percuma kepada 200 pelajar asnaf. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN