20 sekolah terjejas banjir di Johor

20 sekolah terjejas banjir di Johor

AZMAN Tamin melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Bukit Mutiara, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sesi persekolahan di 20 buah sekolah di lima daerah di negeri ini terjejas akibat banjir, susulan hujan berterusan sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, sekolah terbabit melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang dan Kota Tinggi.

“Daripada 20 sekolah yang dilaporkan terjejas, tujuh  dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), dua dinaiki air dan 11 terputus hubungan. Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkar Tebrau dan SK Kampung Maju Jaya dekat Johor Bahru dilaporkan telah dinaiki air dan operasi sekolah dihentikan sepenuhnya,” katanya selepas mengadakan lawatan ke PPS di SK Bukit Mutiara, di sini hari ini.

Aznan berkata, ⁠SK Perigi Acheh di Johor Bahru dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Nam Heng di Kota Tinggi serta sembilan sekolah di Kluang dilaporkan telah terputus hubungan.

“Sementara itu, tujuh sekolah pula kita hentikan operasi kerana memberi laluan untuk dijadikan PPS bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir,” katanya sambil memberitahu semua sekolah yang telah digazetkan sebagai PPS dalam keadaan siap sedia untuk menempatkan mangsa banjir memandangkan hujan masih berterusan.

Menurutnya, Jabatan Pendidikan negeri sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memberikan bantuan

Jelasnya, walaupun sesi pembelajaran tidak berlangsung di sekolah yang terjejas, namun kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan dengan seramai 101 pelajar di tiga daerah dilaporkan terjejas banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya