1MDB: KPMG tidak adil minta maklumat tambahan

1MDB: KPMG tidak adil minta maklumat tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi 1Malaysia Development BErhad (1MDB), Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini firma audit antarabangsa, KPMG bersikap tidak adil apabila meminta dokumen tambahan berhubung pelaburan luar negara 1MDB.

Antara dokumen yang diminta oleh firma audit tersebut berkait pelaburan AS$2.3 bilion oleh 1MDB dalam Brazen Sky Ltd di Hong Kong, yang menyebabkan berlakunya kelewatan dalam menandatangani penyata kewangan 1MDB 2013.

Brazen Sky Limited adalah syarikat SPV yang ditubuhkan pada 12 Julai 2012 di British Virgin Islands bagi tujuan mendapatkan balik dana pelaburan milik 1MDB dan dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho.

Sementara itu, Che Lodin yang merupakan pengerusi 1MDB dari 2009 hingga 2016 ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar memberitahu, setiap firma audit mempunyai cara dan keperluan mereka tersendiri.

Ujarnya, tindakan KPMG enggan menandatangani Penyata Kewangan 1MDB bagi 31 March 2013 ekoran kegagalan mencapai kata sepakat berkaitan proses.

“Pertama, ada kelewatan. Kemudian ada perselisihan faham (mengenai) bagaimana ia harus dilakukan. Apabila kami bertukar kepada firma Deloitte, mereka gembira untuk menandatangani (penyata kewangan).

“Mungkin KPMG mempunyai keperluannya yang unik mengikut piawaian mereka sendiri, ia tidak semestinya keperluan standard,”katanya.

Selain itu, Che Lodin turut memberitahu, pertikaian timbul apabila KPMG enggan mengikut cadangan 1MDB agar ke Hong Kong bagi melihat sendiri pelaburan syarikat itu dalam Brazen Sky.

Pada prosiding terdahulu, Najib juga menafikan bahawa beliau telah memberi tekanan kepada Rakan Kongsi Urusan KPMG, Datuk Johan Idris untuk menutup penyata kewangan 1MDB bagi tahun kewangan 2013.

KPMG ketika itu belum menandatangani laporan audit 1MDB bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013, kerana syarikat pelaburan strategik negara itu tidak memberikan maklumat yang diminta KPMG sejak April 2013.

KPMG ditamatkan perkhidmatan sebagai juruaudit 1MDB selepas menolak pendaftaran audit akaun 1MDB untuk tahun kewangan 2013 dan kemudiannya digantikan oleh firma audit Deloitte untuk tahun kewangan 2013 dan 2014.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah di Istana Kehakiman bersambung esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya