18 pelacur kaki lima ditahan

18 pelacur kaki lima ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 18 wanita warga asing  dipercayai terlibat dengan aktiviti pelacuran ditahan polis dalam lima serbuan berasingan di sekitar ibu negara, semalam.

Operasi bersepadu KL Strike Force itu bermula pukul 12.45 tengah malam hingga 2 pagi dan kesemua wanita yang ditahan terbabit dipercayai sedang melayan pelanggan dalam hotel bajet dan mencari pelanggan di tepi jalan sekitar kawasan berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, operasi dijalankan pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada lapan wanita warga Uganda; Vietnam (3); Tanzania (2); Thailand (2); dan masing-masing seorang warga Nigeria; Kenya serta Indonesia.

“Turut ditahan lapan lelaki disyaki penjaga premis dan pelanggan terdiri daripada tiga warga Bangladesh, masing-masing seorang warga Nepal, Mesir, Amerika Syarikat; Singapura serta warga tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi berkata, dalam serbuan itu, turut dirampas peralatan seks dan wang tunai hasil daripada aktiviti pelacuran mereka.

Jelasnya, siasatan awal mendapati wanita warga asing terbabit bekerja secara separuh masa sebagai pelacur dan mensasarkan warga asing yang datang berhibur di sekitar Bukit Bintang.

“Bayaran yang dikenakan pula serendah RM100 bagi setiap perkhidmatan Kesemua ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya. 

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1956/63. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya