154 kompaun bernilai RM23,000 dikeluar terhadap pengendali makanan

154 kompaun bernilai RM23,000 dikeluar terhadap pengendali makanan

DANIEL Gooi Zi Sen (dua dari kiri) ketika menghadiri program Jelajah Mesra Bazar Ramadan di Batu Kawan, Pulau Pinang petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN : Sebanyak 154 kompaun telah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) terhadap pengendali makanan di negeri ini bermula 1 Januari lalu sehingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, kompaun yang dianggarkan bernilai RM23,000 itu membabitkan pelbagai kesalahan berkaitan pengendalian makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta Peraturan-Peraturan Makanan 2009.

Katanya, antara kesalahan itu termasuk tidak mengambil suntikan tifoid, tidak mengikuti kursus berkaitan pengendalian makanan, tidak menjaga kebersihan termasuk berkuku panjang, tidak memakai apron, memakai perhiasan seperti jam dan cincin dan sebagainya.

Menurut Daniel, sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 68 sampel makanan telah diambil oleh JKNPP untuk dianalisis dan tindakan mahkamah turut diambil atas beberapa kesalahan yang telah dikenal pasti.

“Secara keseluruhannya, JKNPP menerusi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah memeriksa sebanyak 1,176 buah premis makanan termasuk kilang ais. Turut diperiksa ialah 2,299 pengendali makanan bagi memastikan pematuhan syarat asas pengendalian makanan dipatuhi,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada program Jelajah Mesra Bazar Ramadan yang turut disertai oleh Pengarah JKNPP, Datuk Dr. Fazilah Shaik Allaudin di sini, petang tadi.

Sempena program tersebut, satu kod QR bagi memudahkan pengguna untuk membuat aduan berkaitan kebersihan makanan dan sebagainya turut dilancarkan.

Mengulas lanjut, Daniel memberitahu, sehingga kini, hanya satu aduan diterima khususnya sepanjang 10 hari pertama Ramadan ini iaitu berkaitan pembungkusan makanan di bazar Ramadan.

“Dalam hal ini, semua peniaga di bazar Ramadan juga diminta untuk mengamalkan kebersihan dan kaedah pengendalian makanan yang selamat bagi melindungi keselamatan dan kesihatan pengguna,” katanya yang memberitahu, aduan juga boleh dibuat menerusi aplikasi WhatsApp di nombor 012-8484378.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya