150 warga emas terima sumbangan PBB

150 warga emas terima sumbangan PBB

ANTARA sebahagian warga emas yang menerima sumbangan dalam CSR Ramadan oleh Provident Banc Berhad baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Seramai 150 warga emas di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Paya Jaras menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada institusi kewangan bukan bank, Provident Banc Berhad (PBB).

Pengarah Urusannya, Ravin Raghu Warren berkata, sumbangan berkenaan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya dalam membantu golongan yang memerlukan.

Katanya program dijalankan sejak tahun lepas dan sumbangan diberikan merangkumi barangan asas seperti beras, kordial serta buah kurma kepada warga emas, anak-anak yatim, golongan asnaf dan orang kurang upaya (OKU).

“PBB komited memupuk budaya keprihatinan dan tanggungjawab sosial demi perpaduan hidup bermasyarakat tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Program CSR sempena Ramadan tahun ini turut menyasarkan beberapa kawasan lain termasuk di sekitar Sungai Buloh dan kawasan-kawasan di Lembah Klang. 

Ravin berkata, PBB turut merancang menyampaikan sumbangan beras kepada surau dan masjid dengan pemilihan lokasi yang masih dalam perincian dengan sasaran bantuan tahun ini dianggarkan antara 500 hingga 1,000 penerima.

“PBB merancang memperluaskan program CSR dengan bekerjasama dengan pelbagai agensi dalam menyalurkan bantuan seperti sumbangan kerusi roda kepada golongan OKU,” katanya.

Tahun lalu, PBB menyumbangkan kerusi roda kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tahun ini berhasrat meningkatkan lagi jumlah bantuan.

PBB yang dahulunya dikenali sebagai Zico Banc Berhad merupakan sebuah institusi kewangan bukan bank yang berlesen di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya