13 warga Nepal ditahan merusuh selepas kemalangan langgar lari - Utusan Malaysia

13 warga Nepal ditahan merusuh selepas kemalangan langgar lari

PEKERJA sebuah kilang sarung tangan warga Nepal yang merusuh di Batu 8, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Polis menahan 13 lelaki warga Nepal bagi membantu siasatan kes rusuhan yang berlaku di Batu 8, Jalan Changkat Jong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, berdasarkan siasatan, rusuhan itu berpunca daripada kejadian langgar lari yang dilaporkan pada pukul 9.35 malam melibatkan seorang pejalan kaki warga Nepal.

Katanya, dalam insiden itu, mangsa berusia 26 tahun yang merupakan pekerja kilang sarung tangan maut di lokasi kejadian.

“Kejadian itu menyebabkan kira-kira 1,000 pekerja kilang telah turun ke tempat kejadian dan berkumpul di atas jalan raya sehingga menghalang lalu lintas.

“Sepasukan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian bagi menenangkan dan mengawal keadaan. Situasi pulih sepenuhnya pada pukul 2 pagi tadi selepas semua pekerja warga Nepal kembali ke asrama,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam kejadian itu, seramai 13 pekerja kilang ditahan untuk siasatan kerana cuba mencetuskan rusuhan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian kemalangan maut itu diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohammad Syamil di talian 011-10065817,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya