11 kediaman terjejas banjir di Port Dickson, satu PPS di buka

11 kediaman terjejas banjir di Port Dickson, satu PPS di buka

APM memindahkan seorang mangsa banjir di Kampung Si Rusa iaitu warga emas wanita berusia 70an ke PPS Kampung Sawah Sunggala, di sini, pagi tadi. -IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sekurang-kurangnya 11 kediaman di Teluk Kemang, di sini, terjejas banjir kira-kira pukul 7.15 pagi tadi susulan hujan lebat beberapa jam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Port Dickson, Kapten (PA) Mohd. Azri Abu Hassan berkata, satu pusat pemindahan sementara (PPS) di buka di daerah tersebut iaitu PPS Kampung Sawah Sunggala.

Menurutnya, pihaknya bersama pelbagai agensi di bawah Sekretariat Pengurusan Bencana Dearah telah memantau kawasan tumpuan banjir tersebut dan cuaca masih lagi dalam keadaan hujan renyai-renyai.

“Hasil tinjauan yang dibuat mendapati terdapat beberapa buah rumah yang dinaiki air. Dipercayai punca adalah disebabkan hujan lebat dan saluran longkang tersumbat.

“Untuk makluman, kami turut memindahkan seorang mangsa banjir iaitu warga emas wanita berusia 70an ke PPS bagi tujuan keselamatan. Buat masa ini, data mangsa banjir masih sedang dikumpulkan dan operasi masih berjalan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, difahamkan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang turut terjejas banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya