11 hari berpuasa, 24.35 tan makanan diselamatkan

11 hari berpuasa, 24.35 tan makanan diselamatkan

KHALID Mohamed (kiri) menyerahkan beg kempen kepada seorang peniaga di Bazar Ramadan MITC, Ayer Keroh, Melaka. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menganggarkan kuantiti lebihan makanan yang bakal diselamatkan dari 148 bazar Ramadan di tujuh negeri adalah sama dengan tahun lalu, iaitu sebanyak 60.8 tan.

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Khalid Mohamed berkata, setakat 12 Mac lalu atau bersamaan 11 Ramadan, pihaknya berjaya menyelamatkan kira-kira 24.35 tan makanan melalui pelaksanaan Projek My Save Food (MSF)@Ramadan.

Katanya, kutipan lebihan makanan itu melibatkan Perlis, Kedah, Pahang, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

“Kita menjangkakan lebihan makanan yang berjaya dikumpulkan tahun ini lebih kurang sama seperti tahun lepas. Setakat 12 Mac sebanyak 24.35 tan makanan telah dikumpulkan di 148 bazar yang terlibat.

“Di Melaka sahaja sebanyak 4.8 tan lebihan sisa makanan berjaya diselamatkan setakat 16 Mac lalu di empat bazar utama iaitu Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Peringgit, Jasin Bistari dan Alor Gajah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program MSF Negeri Melaka di sini, kelmarin.

Tambah Khalid, kutipan lebihan makanan di Bazar Ramadan MITC paling tinggi iaitu berjumlah 1,748.80 kilogram (kg) setakat 16 Mac lalu, diikuti Bazar Ramadan Peringgit (1,447.90 kg), Bazar Ramadan Jasin Bistari (1,037.30 kg) dan Bazar Ramadan Alor Gajah (581.4kg).

Menurutnya, lebihan air balang paling banyak dikutip iaitu seberat 292.1 kg manakala makanan pula kira-kira 289.3 kg. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya