106 pesakit kanser terima sumbangan Ramadan

106 pesakit kanser terima sumbangan Ramadan

AHMAD Fuad Abdul Rahim (tiga kanan) menyampaikan sumbangan kepada sebahagian daripada 106 pesakit kanser pada Majlis Ramadan Kita Wakalah Agihan Zakat di Menara Zakat, Alor Setar, Kedah hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Di sebalik penderitaan yang ditanggung, keceriaan jelas terpancar pada wajah 106 orang pesakit kanser yang menerima bantuan sempena Ramadan dalam program di Menara Zakat di sini hari ini. 

Sebanyak RM27,200 diagihkan kepada pesakit kanser dari seluruh Kedah sempena Majlis Ramadan Kita Wakalah Agihan Zakat Perniagaan E-Idaman Sdn. Bhd. dan KSDC Insurance Brokers Sdn. Bhd. itu melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat E-Idaman Sdn. Bhd., Ahmad Fuad Abdul Karim berkata, bantuan itu diharapkan dapat menceriakan pesakit berkenaan dan meringankan beban keluarga mereka dalam membuat persiapan Ramadan dan Aidilfitri.

“E-Idaman sentiasa aktif dalam program tanggungjawab sosial korporat seperti ini dan pada masa hadapan kita akan terus bekerjasama dengan LZNK untuk tujuan sama. 

“Bantuan wang tunai dan barang makanan ini diharapkan membawa senyuman kepada pesakit,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Sementara itu salah seorang penerima, Nurul Nadia Abu Bakar, 37, berkata, sumbangan itu amat berharga buatnya selepas dua anaknya menghidap kanser mata. 

“Dua daripada tiga anak saya, Muhammad Hasif Thaqif, 14, dan Nurul Azra Fatihah, 11, menghidap kanser. Jadi sumbangan seperti ini banyak membantu keluarga kami,” kata suri rumah itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya