KEMAMAN: Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang sebelum ini gelap pada waktu malam, bertukar meriah dengan pemasangan lebih 1,000 pelita sejak kelmarin. Ia dipasang pada 10 malam terakhir Ramadan untuk menggamit memori malam tujuh likur dan ‘menyambut’ kepulangan perantau ke kampung halaman untuk berhari raya dan kedatangan pelancong ke negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, Perasing dan daerah ini adalah pintu masuk ke Terengganu bagi LPT2. “Biasanya pengguna LPT2 singgah di hentian ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya