Zafrul nafi jadi Duta Besar ke AS

Tengku Zafrul nafi jadi Duta Besar ke AS

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menolak dakwaan bahawa menjadi Duta Besar Malaysia yang seterusnya ke Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk memilih individu yang akan menggalas jawatan berkenaan yang kosong selepas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menamatkan perkhidmatannya selama dua tahun di Washington.

“Saya tidak akan menjadi Duta Besar Malaysia ke AS. Sebagai Menteri MITI, kementerian sedia memberi sokongan kepada sesiapa pun yang akan menjawat jawatan Duta Besar Malaysia ke AS,” katanya pada sidang media sempena Persidangan China: Asia Tenggara 2025 di Hotel St. Regis di sini hari ini. 

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon untuk Duta Besar Malaysia ke AS telah dikenalpasti, namun pelantikan itu perlu melalui proses mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim

Anwar berkata beliau akan menghadap Seri Paduka untuk mendapat perkenan tersebut.

Pada 8 Februari lepas, Mohamed Nazri mengesahkan kontraknya sebagai Duta Besar Malaysia ke AS tamat selepas dua tahun berkhidmat di Washington.

Bekas Menteri itu mula memegang jawatan Duta Besar Malaysia ke AS pada 9 Feb 2023, dan menurut kenyataan Kementerian Luar pemilihan tersebut berdasarkan pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya