Yayasan Wilayah Persekutuan bantu 103 pelajar sambung pengajian

Yayasan Wilayah Persekutuan bantu 103 pelajar sambung pengajian

ANTARA penerima skim dan bantuan oleh Yayasan Wilayah Persekutan pada Majlis Penyerahan Dermasiswa IPTA, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 103 pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) menerima manfaat Skim Dermasiswa IPTA Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) bernilai RM257,000.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif  YWP, Dr. Abdul Basir V.Kunhimohamed berkata, skim itu merupakan inisiatif YWP untuk membantu pelajar cemerlang di Wilayah Persekutuan yang layak melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA.

Jelasnya, setiap pelajar menerima sumbangan sebanyak RM2,000 sehingga RM 3,000 secara sekali bayar (one-off).

“YWP tidak hanya membantu meringankan beban keluarga pelajar, tetapi juga memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing. 

“Pendidikan adalah pelaburan jangka panjang yang mampu mengubah nasib seseorang, keluarga dan masyarakat.

“Oleh itu, usaha seperti ini perlu diteruskan dan diperluaskan lagi pada masa hadapan agar lebih ramai golongan muda yang berbakat dapat merealisasikan potensi mereka,” katanya pada Majlis Penyerahan Dermasiswa IPTA YWP, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Basir berkata, YWP turut menyampaikan sumbangan Skim Prihatin iaitu bantuan khairat kematian kepada waris ahli Skim Prihatin YWP bernilai RM 13,500.

Katanya, bantuan tersebut untuk meringankan beban waris yang perlu menguruskan pengebumian jenazah atau urusan lain yang berkaitan.

“Untuk rekod, seramai 4,621 orang telah dibantu melalui Skim Prihatin ini yang dilancarkan pada tahun 2012 dan pada hari ini kita turut menzahirkan ucapan takziah kepada 15 orang waris,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya