Yayasan Petronas bantu 300 masyarakat Tionghoa di Pantai Timur

Yayasan Petronas bantu 300 masyarakat Tionghoa di Pantai Timur

SEBAHAGIAN masyarakat Tionghoa yang menerima sumbangan daripada Yayasan Petronas sempena program Memacu Kehidupan Tahun Baharu Cina 2025 di Kampung Ayer Jernih, Kemaman, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Yayasan Petronas mengagihkan sumbangan kepada 300 keluarga masyarakat Tionghoa di Pantai Timur yang kurang berkemampuan bagi meraikan perayaan Tahun Baharu Cina, tahun ini.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata, sumbangan berupa bekalan asas dan bekalan makanan perayaan itu diagihkan kepada masing-masing 100 keluarga di Terengganu, Pahang dan Kelantan.

“Melalui program Memacu Kehidupan Tahun Baharu Cina ini, kita bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di setiap negeri bagi mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan.

“Tahun Baharu Cina merupakan perayaan yang menandakan perpaduan dan harapan.
Melalui program ini juga kita berharap dapat menyebarkan kasih dan senyuman kepada masyarakat sepanjang musim perayaan,” katanya.

Menurutnya, setiap keluarga menerima bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, garam, tepung dan sumbangan makanan perayaan seperti bihun, cendawan kering, sos taucu serta minyak bijan.

“Selain itu, penerima turut mendapat hamper perayaan mengandungi biskut yang disediakan oleh peserta program Memampankan Ekonomi Asas Rakyat (Mekar),” katanya.

Mohammad Ahmad Shazly berkata, seramai 2,100 keluarga kurang berkemampuan diraikan oleh Yayasan Pertonas melalui siri program Memacu Kehidupan Tahun Baharu Cina 2025 di 15 buah negeri seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya