KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Tahun Ular, Cuckoo International Berhad bekerjasama dengan Yayasan Nurjiwa, selami semangat beri-memberi menerusi Majlis Makan Tengah Hari Amal Tahun Baru Cina di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selaras dengan tanda pagar #SAMASAMABuatBaik, acara ini menyatukan lebih 120 anak yatim dan tetamu warga emas dari Persatuan Kebajikan Pusat Jagaan Jing Sun, Yayasan Sunbeams, dan
Rumah Charis.
Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International, Hoe Kian Choon, penganjuran acara tersebut merupakan salah satu cara pihaknya terus menyebarkan impak positif terhadap komuniti.
“Di CUCKOO International, kami percaya yang kemakmuran hanya bermakna jika ia dikongsi bersama. Pasukan kami sentiasa memandang ke hadapan untuk mencari pelbagai cara untuk memberi impak positif terhadap komuniti.
“Jadi, kami sangat berbesar hati dapat menyebarkan kemesraan dan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan pada Tahun Baru Cina ini, supaya tiada yang ketinggalan dalam suasana perayaan.
“Menyambut musim perayaan ini #SAMASAMA dengan lebih dari 120 kanak-kanak dan warga emas adalah sangat menyejukkan hati, dan kami harap makan tengah hari ini membawa senyuman ke wajah-wajah mereka. Malah, kami juga sentiasa menunggu peluang baru untuk menyumbang kepada komuniti pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza selaku Pengasas dan Pengerusi Bersama Yayasan Nurjiwa turut berbesar hati untuk bekerjasama dengan CUCKOO demi perkembangkan peranannya sebagai duta dalam menyebarkan sebanyak kebaikan kepada golongan yang memerlukan.
“Tahun Baru Cina adalah musim untuk bergembira, bermesra, dan bermurah hati. Saya amat berbesar hati dapat menyambut upacara istimewa ini dengan semua yang hadir, bukan sahaja berkongsi makanan, malah berkongsi detik-detik kemesraan dan kegembiraan.
“Saya juga bersukacita dengan perkembangan hubungan saya dari menjadi duta hingga menjadi rakan komuniti yang dapat memberi impak positif terhadap masyarakat.
“Melalui Yayasan Nurjiwa dan CUCKOO, kami berharap untuk terus menyebarkan kasih sayang, menyentuh kehidupan dan memberi kesan yang bermakna buat mereka yang memerlukan,” katanya.
Makan Tengah Hari Amal Tahun Baru Cina #SAMASAMABuatBaik, dianjurkan oleh Cuckoo dan Yayasan Nurjiwa, juga disokong oleh Multimedia Group, Astro, Kinohimitsu, SRJK (C) Yoke Nam, dan Persatuan Keturunan Xu Pantai Selangor.
Acara itu juga merupakan sebahagian daripada ‘Cuckoo Loves, Cares Project’, sebuah projek jangka panjang yang menumpukan terhadap penciptaan impak positif terhadap masyarakat melalui pelbagai inisiatif komuniti dan sosial.
Sebelum ini, Cuckoo telah menyokong Yayasan Nurjiwa dalam mengumpul dana untuk kerja-kerja amal melalui konsert ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ dan juga menyokong acara SIMPLYSITI Di Hati 2019 yang mengumpul dana untuk kanak-kanak yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Malaysia.
Yayasan Nurjiwa merupakan sebuah pertubuhan amal yang diasaskan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, yang berdedikasi untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan menerusi pelbagai inisiatif kemanusiaan.