Yang di-Pertuan Agong selamat menjalani rawatan di luar negara - Utusan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong selamat menjalani rawatan di luar negara

KEADAAN terkini Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas menjalani rawatan seperti dikongsikan akaun media sosial Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan otot dan tulang (musculoskeletal) di luar negara.

Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam akaun media sosial Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Turut dimaklumkan, baginda dijangka berangkat pulang ke Malaysia pada Jumaat ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kesakitan berkenaan berlaku akibat latihan ketenteraan intensif dan gaya hidup aktif Seri Paduka Baginda yang gemar bersukan sewaktu muda, terutama bermain polo.

“Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah menzahirkan penghargaan tulus ikhlas kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah mengadakan solat hajat dan tidak putus-putus menitipkan doa untuk kesihatan Seri Paduka Baginda,” menurut kenyataan itu.

Pada 7 Februari lalu, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Seri Paduka Baginda berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya