Wifi IPT Dinaik Taraf, Diperkasa di 80 Institusi Pendidikan

Wifi IPT Dinaik Taraf, Diperkasa di 80 Institusi Pendidikan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan meneruskan komitmen dalam agenda transformasi digital negara dengan menaik taraf perkhidmatan Wifi di Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis serta memperluaskannya ke 13 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), 24 Politeknik dan 43 Kolej Komuniti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan meningkatkan capaian internet dan kemudahan digital di institusi pendidikan seluruh negara.

“Kemajuan pelaporan terkini menunjukkan perkembangan positif dalam agenda transformasi negara.

“Naik taraf wifi di tiga universiti utama telah berjaya diselesaikan dan penambahbaikan akan diperluaskan ke lebih banyak institusi,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Selain itu, Anwar juga mengarahkan agar kelulusan projek ICT Kerajaan dipertingkatkan melalui pendekatan Enterprise Architecture (EA) secara holistik.

“Pendekatan ini akan mengambil kira kolaborasi merentas agensi, perkongsian infrastruktur, data, maklumat dan perkhidmatan selaras dengan hasrat kerajaan untuk berbelanja secara berhemah.

“Saya menegaskan kepada kementerian dan agensi terlibat supaya mematuhi jadual pelaksanaan yang ditetapkan. Ini bagi memastikan hasil inisiatif tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

Mesyuarat MED4IRN tersebut turut membincangkan pelbagai agenda digital dan strategi bagi memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya