Waspada bangkai ubur-ubur api di pantai Terengganu

Waspada bangkai ubur-ubur api di pantai Terengganu

BANGKAI ubur-ubur api yang ditemukan di Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu, Terengganu. -UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Orang ramai perlu berwaspada dengan bangkai ubur-ubur api atau nama saintifiknya portuguese man o’ war yang ditemukan terdampar di beberapa pantai di Terengganu ketika ini yang masih mempunyai bisa walaupun sudah mati.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Roswati Md. Amin berkata, penemuan bangkai spesies ubur-ubur tersebut lazimnya berlaku antara November hingga Mac di­sebabkan arus dan tiupan angin sepanjang monsun.

“Saya pernah membuat kajian terhadap ubur-ubur ini yang mati dan masih mempunyai bisa.

“Sekiranya terkena kepada manusia, ia boleh memberi ke­san kepada kesihatan bergantung kepada tindak balas individu seperti kemerahan, gatal dan kebas di bahagian sengatan selain ada yang mengalami masalah pernafasan, pening kepala serta kekejangan bergantung kepada jumlah sengatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Mohd. Zul Khairi Shamsuddin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan spesies tersebut antara 13 Januari hingga 29 Januari lalu dan tidak menolak kemungkinan ada lagi kes yang tidak dilaporkan.

Katanya, antara pantai yang merekodkan penemuan itu ialah Pantai Rhu 10 di Setiu, Pantai Pulau Kekabu (Marang) dan di Pantai Keluang (Besut).

“Memandangkan Monsun Timur Laut di Terengganu sudah berada di penghujungnya, orang ramai mula mengunjungi pantai untuk aktiviti riadah bersama keluarga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya