Warisan nafi wujud persefahaman agihan kerusi dengan BN Sabah

Warisan nafi wujud persefahaman agihan kerusi dengan BN Sabah

DARELL LEIKING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KOTA KINABALU: Tidak ada sebarang persefahaman mahupun perbincangan sehingga kini membabitkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN di antara Parti Warisan (Warisan) dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking berkata, isu berkaitan kerjasama pilihan raya juga belum pernah dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi dan juga Biro Politik Warisan.

Oleh itu menurutnya, apa yang dilaporkan di dalam media sosial seperti yang tular hanyalah sekadar andaian atau spekulasi yang dibuat memandangkan pilihan raya semakin hampir.

“Berdasarkan kepada perkembangan politik terkini, saya berpendapat bahawa Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berkemungkinan besar mengharapkan kerjasama dengan BN Sabah.

“Malah semasa Persidangan Agung Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-39 pada 29 Oktober tahun lalu, Hajiji mengatakan bahawa GRS terbuka berbincang kerjasama dengan BN Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Darell berkata, merujuk kepada kesediaan Pakatan Harapan (PH) Sabah untuk terus bersama dengan GRS maka bukanlah sesuatu yang menghairankan sekiranya Hajiji mahu BN Sabah bekerjasama dengan gabungan tersebut.

Hari ini tular di media sosia dakwaan bahawa BN Sabah telah mengadakan siri perbincangan dengan Warisan bagi mencapai kompromi dalam agihan kerusi DUN menjelang PRN17.

Kedua-dua parti dikatakan tidak akan bertanding antara satu sama lain di 50 kawasan daripada 73 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN akan datang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya