Warga Indonesia dipenjara 18 bulan guna MyKad palsu

Warga Indonesia dipenjara 18 bulan guna MyKad palsu

UTIMAN (dua dari kanan) ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHEIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang pekerja binaan warga Indonesia dijatuhi hukum penjara 18 bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengemukakan kad pengenalan (MyKad) palsu pada 7 Februari lalu.

Tertuduh, Utiman, 46, membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ellyna Othman.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki MyKad yang mengandungi maklumat palsu yang diperolehnya menggunakan sijil kelahiran milik individu lain. Kesalahan itu dilakukan ketika operasi khas Op Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Pahang di Kampung Permatang Badak, kira-kira jam 2.10 pagi, 7 Februari lalu.

Utiman didakwa mengikut Peraturan 25(1)(b) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, tertuduh ditahan dalam Op Sapu sebelum dihantar ke Depot Kemayan di Bera untuk siasatan lanjut. 

Pemeriksaan oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kemudian mendapati dia telah membeli sijil kelahiran daripada seorang individu dengan harga RM1,500 dan menggunakannya untuk memohon MyKad.

Semakan melalui sistem biometrik Jabatan Imigresen mengesahkan bahawa tertuduh adalah warganegara Indonesia yang pasportnya telah tamat tempoh sejak 2017 selain memasuki Malaysia secara tidak sah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya