Warga emas maut tersepit bawah bas

Warga emas maut tersepit bawah bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Teluk Kumbar di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Quah Kheng Hoe, 63, dipercayai tersepit di bawah bas selepas perlanggaran berlaku kira-kira pukul 6.18 pagi.

Terdahulu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis SYM dengan sebuah bas. Penunggang motosikal didapati tersepit di bawah bas dan operasi menyelamat dilakukan dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Menurut beliau, mangsa berjaya dikeluarkan tidak lama selepas itu namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi menyelamat tamat sepenuhnya sebaik sahaja kerja-kerja pembersihan selesai.

“Siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya