Warga emas didakwa bunuh isteri

Warga emas didakwa bunuh isteri di sebuah rumah

TAN Hee Heng ketika tiba untuk didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah dekat Bandar Sg. Long minggu lalu.– utusan/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam bagi pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah, minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pe­nga­kuan direkodkan tertuduh, Tan Hee Heng, 66, kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Di hadapan Majistret Nurul Hafzan Ab. Aziz, tertuduh didakwa menyebabkan kematian, Lee Lai Peng, 63, pada 21 Februari lalu, antara pukul 3.30 hingga 5.19 pagi di sebuah rumah di Taman Bukit Palma, Sungai Long di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ain Mohd. Sabirin manakala Hee Heng diwakili peguam Y.S Ling.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 13 Mac beserta pendengaran permohonan pihak pembelaan untuk tertuduh dirujuk ke psikiatri.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki cuba mengelar tangannya sendiri dengan pisau selepas disyaki membunuh isterinya di sebuah rumah dekat Bandar Sg. Long, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihak­nya menerima maklumat berhubung kejadian sekitar pukul 5.32 pagi daripada anak lelaki mangsa yang berusia 35 tahun.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa seorang wanita tempatan berusia 63 tahun ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik tidur dan disahkan meninggal dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya