Warga emas 73 tahun rugi RM4 juta ditipu sindiket pelaburan saham

Warga emas 73 tahun rugi RM4 juta ditipu sindiket pelaburan saham

Konsert
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita warga emas berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM4 juta lesap selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan saham yang diiklankan melalui laman sosial Facebook.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 73 tahun, baru-baru ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian bermula sekitar pertengahan November tahun lalu apabila mangsa tertarik dengan pelaburan saham yang dipromosikan di laman sosial itu dengan nama PVTCMax.

“Mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang dikendalikan individu dikenali sebagai Alya dan Christopher.

“Sindiket berkenaan menjanjikan pulangan tinggi antara lapan hingga 10 peratus sehari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, wanita itu membuat 62 transaksi pembayaran melibatkan 10 akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan mencecah RM4 juta.

“Mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila diminta untuk membuat pelbagai bayaran tambahan bagi tujuan pengeluaran keuntungan.

“Modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan memperdaya mangsa menerusi iklan pelaburan di media sosial sebelum memanipulasi mereka untuk terus membuat pembayaran,” katanya.

Susulan itu, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

Dalam pada itu, Hussein mengingatkan orang ramai agar lebih berwaspada terhadap tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan tidak munasabah.

“Mereka yang mengesyaki aktiviti mencurigakan boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk mendapatkan nasihat dan membuat aduan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya