Warga ATM kena berubah mendepani cabaran geopolitik, isu dalaman

Warga ATM kena berubah mendepani cabaran geopolitik, isu dalaman

PANGLIMA Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar (tengah) ketika sidang media selepas Majlis Sambutan Mula Tugas dan Ucaptama Panglima Angkatan Tentera ke-23 di Wisma Pertahanan Kuala Lumpur di sini, hari ini. Gambar: ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digesa melaksanakan perubahan bagi mendepani cabaran geopolitik, siber, media sosial dan isu-isu dalaman.

Panglima ATM, Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar berkata, perubahan itu perlu agar ATM mampu melonjak ke hadapan.

“Dalam dunia yang dinamik dan penuh ketidakpastian ini, istilah Vuca yang merujuk kepada ‘Volatility’, ‘Uncertainty’, ‘Complexity’ dan ‘Ambiguity’ sering digunakan untuk membantu memahami serta menggambarkan sifat cabaran dalam persekitaran moden yang sentiasa mengalami perubahan pesat.

“Tanpa pilihan, kita juga mesti berubah dan melaksanakan tranformasi perubahan yang diperlukan,” katanya pada Majlis Sambutan Mula Tugas dan Ucaptama Panglima ATM Ke-23, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Nizam berkata, beliau turut mengajukan beberapa soalan berhubung kemampuan ATM.

“Pelbagai persoalan sering timbul dalam benak fikiran saya. Pertama sekali, di manakah tahap kemampuan sebenar kita sekarang? Apakah organisasi ini memerlukan perubahan?

“Jika ‘Ya’, adakah perubahan itu hanya sekadar pada imeh dan rupa luaran atau turut melibatkan sikap dan pemikiran kita?,” soalnya.

Beliau turut mempersoal tahap profesionalisme para anggota apabila latihan semakin berkurangan serta hasil analisis jurang (Gap Analysis) terhadap teknologi dan pemahaman etos pahlawan.

Pada masa sama beliau berkata, ATM perlu menilai semula keberkesanan modal insan di dalam organisasi itu.

“Adakah prinsip ‘right man for the right job’ benar-benar diamalkan? Atau kita mengamalkan ‘right man to serve our purpose’?

“Bagaimana pula keupayaan barisan kita dalam menghadapi dan menangani ancaman dalaman dan luaran baik dari segi mental dan fizikal?,” soalnya.

Selain itu, katanya, semangat ‘Sense of Brotherhood’ harus diberi perhatian serius oleh warga ATM.

“Adakah semangat ini semakin kukuh atau sudah mulai pudar? Mengapa terdapat begitu banyak luahan melalui media sosial? Bagaimana kita boleh menangani isu ini dengan berkesan agar ia tidak menjejaskan keharmonian organisasi?

“Kelunturan semangat ini akan menyebabkan budaya mengadu domba dan saling menjatuhkan menjadi agenda utama,” katanya.

Dalam pada itu,beliau berkata, aspek keperluan aset semasa dan masa hadapan serta pulangan pelaburan turut menjadi persoalan.

Mohd. Nizam turut menekankan tentang persepsi orang luar terhadap ATM yang dilihat bertanggungjawab terhadap kedaulatan negara telah menjadi stereotaip berikutan tindakannya yang inklusif.

“Masih banyak persoalan lain yang boleh diutarakan selari dengan usia angkatan kita bagi memantapkan lagi ketumbukan keramat ini serta mencari relevansi yang diperlukan.

“Justeru, kita perlu mengambil masa untuk merenung dan menjawab segala persoalan yang diutarakan kerana perubahan yang diperlukan bukan hanya bersifat fizikal atau struktural, tetapi juga melibatkan transformasi minda. 

“Walaupun mungkin ada di antara kita yang menganggap perkara ini remeh, hakikatnya ia merupakan asas kepada hala tuju serta kejayaan organisasi kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya