Wanna Ali kini isteri Khairil Amril - Utusan Malaysia

Wanna Ali kini isteri Khairil Amril

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Wanna Ali selamat bergelar isteri kepada Khairil Amri Khalid dengan sekali lafaz sekitar pukul 10.40 pagi tadi.

Wanna atau nama sebenarnya Norsyazwana Mohd Ali 28, dinikahkan jurunikah, Ustaz Abdus Salam Mahmud dengan berwalikan bapanya, Mohd Ali dalam sebuah majlis tertutup.

Menerusi majlis ijab qabul itu, anak kepada penerbit terkenal, Datuk Ayu Puteh menerima mas kahwin berupa 10 dinar emas dan sebentuk cincin.

Pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran daripada pihak pengantin lelaki tidak didedahkan kepada umum.

Dalam majlis tersebut, Wanna anggun dalam persalinan serba putih rekaan Ezuwan Ismail.

Sebelum ini, Wanna mendedahkan dirinya sudah bertunang dengan Khairil yang juga anak kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 9 November tahun lalu.

Malah, pelakon drama bersiri Bukan Sekadar Lafaz itu turut memuat naik beberapa foto kenangan sewaktu majlis pertunangan tersebut berlangsung di Instagram pada 2 Februari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya