Wanita warga China ditahan ceroboh Depoh Tunda MPAJ

Wanita warga China ditahan ceroboh Depoh Tunda MPAJ

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita warga China ditahan selepas menceroboh Depoh Tunda Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Melawati di sini, untuk mengambil keretanya tanpa membuat pembayaran denda, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari apabila kakitangan MPAJ yang berada di depoh itu didatangi wanita warga China berusia 45 tahun.

Beliau berkata, wanita itu kemudian mengambil Perodua Axia tanpa membuat pembayaran denda yang dikenakan oleh pihak MPAJ. 

“Susulan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya menahan suspek di hadapan sebuah rumah Taman Melawati di sini pukul 7.45 malam pada hari sama. 

“Semakan mendapati, suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau. Suspek adalah isteri kepada warga tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, tujuan suspek masuk ke depoh adalah mengambil keretanya yang ditunda oleh MPAJ kerana menghalang lalu-lintas.

“Susulan itu, polis merampas kereta terbabit bersama anak kunci. Suspek direman dua hari sehingga semalam sebelum diberi jaminan polis,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan pertuduhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya