Wanita UMNO Perak sokong sesiapa sahaja calon

Wanita UMNO Perak sokong sesiapa sahaja calon

SALBIAH Mohamad (kiri) menyampaikan replika cek pada Majlis Penyerahan Cek Cura Skim Bantuan Kerajaan Negeri kepada gerakan koperasi di Ipoh, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Wanita UMNO Perak akan memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) yang dipilih bagi mengekalkan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Ketuanya, Datuk Salbiah Mohamed berkata, pihaknya sedia menjadi jentera parti yang menggalas peranan penting kepada gerak kerja dalam PRK DUN Ayer Kuning, sama seperti dalam mana-mana pilihan raya sebelum ini.

“Tanpa melihat siapa calon. Kita melihat parti,hendak menangkan parti. Bagi Wanita UMNO Perak, siapa juga calon yang diputuskan oleh pucuk pimpinan parti kita akan bekerja keras untuk memenangkan calon yang dinamakan nanti. Kita akan berusaha sehabis baik,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak ditemui pada Majlis Penyerahan Cek Cura Skim Bantuan Kerajaan Negeri kepada gerakan koperasi di sini, semalam.

PRK DUN Ayer Kuning akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin.

Ishsam meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan empat penjuru di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,213 undi menewaskan empat calon lain dari Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

Ishsam memperoleh 9,088 undi diikuti Mohd. Nazri Hashim (PH) yang mendapat 6,812 undi, Muhammad Noor Farid Zainal dari Pas (6,812 undi), K Bawani dari PSM (586 undi) dan Maziah Salim dari GTA (105 undi). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya