BANGI: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan menipu isteri pelawak, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi wang berjumlah RM105,380, Disember tahun lalu.
Tertuduh, Nursyafiqah Hermansah atau dikenali Ika didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Afreena pada pukul 6 petang, 22 Disember 2024 di Petronas Bangi Getaway di sini.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebatan dan denda.
Berita selanjutnya menyusul. – UTUSAN