Wanita pura-pura mahu sewa rumah sebelum samun warga emas

Wanita pura-pura mahu sewa rumah sebelum samun warga emas

MOHD. ZAIN MAT DRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU:  Seorang warga emas yang mengalami masalah penglihatan cedera di kepala selepas disamun dan dipukul menggunakan serpihan bata simen dalam kejadian di Felda Chalok  Rahmat, di sini kira-kira pukul 1.15 petang  semalam. 

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, mangsa, Che Minah Che Lah, 72, dipercayai menjadi mangsa samun seorang wanita yang berpura-pura mahu menyewa rumahnya. 

“Menurut mangsa, semasa berada di tangga rumahnya, dia didatangi seorang wanita berusia 30-an yang bertanyakan tentang rumah untuk disewa sebelum suspek memimpin mangsa untuk melihat keadaan rumah. 

“Ketika sedang melihat ruang bilik, wanita itu menekup muka mangsa menggunakan sehelai kain dan berlaku pergelutan antara mereka sebelum suspek memukul kepala warga emas berkenaan menggunakan serpihan bata,” katanya di sini hari ini. 

Katanya, suspek kemudian melarikan bersama seutas rantai leher dan loket milik mangsa. 

Mohd. Zain berkata, jiran mangsa yang mendengar bunyi bising di rumah warga emas itu pergi melihatnya sebelum menemukan mangsa yang tercedera dan memaklumkan kepada ahli keluarga lain dan membawanya ke Hospital Setiu untuk dirawat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya