SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) menanggung 80 peratus liabiliti kecuaian yang mengakibatkan seorang wanita maut dalam kemalangan di Jalan Tampin-Gemas, lima tahun lalu. Perintah itu sekali gus mengubah keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada 10 Jun 2024 yang memerintahkan syarikat itu bertanggungan 70 peratus manakala mangsa, Norhamizah Mahadi menyumbang salah sebanyak 10 peratus. Bagaimanapun, liabiliti terhadap Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kerajaan Malaysia dikekalkan 20 peratus. Hakim Wan Fadhilah Wan Idris membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan suami kepada mangsa,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya