Wanita maut, jatuh dari tingkat lima PPR

Wanita maut, jatuh dari tingkat lima PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang wanita ditemukan mati di tempat parkir motosikal di Blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, di sini pagi ini.

Wanita berusia lingkungan 20-an itu dipercayai terjatuh dari tingkat 5 bangunan tersebut.

Menurut  seorang saksi, Mohd. Fikri Azhan, 24, dia terdengar bunyi dentuman kuat ketika berada di rumahnya di blok yang sama dan turun ke kawasan parkir motosikal itu untuk melihat keadaan wanita terbabit sebelum menghubungi balai polis berhampiran dan ambulans.

“Kejadian berlaku dianggarkan pada pukul 11.20 pagi. Saya dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat dan apabila menjenguk keluar mendapati terdapat seorang wanita terbaring di atas motosikal,” katanya kepada pemberita.

Pihak ambulans tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi susulan panggilan kecemasan yang diterima.

Menurut Mohd. Fikri, penduduk setempat tidak mengenali identiti mangsa yang dipercayai bukan penduduk setempat.

Anggota polis dari Pulau Pinang itu berkata,  berdasarkan kad pengenalan, mangsa beralamat di Melaka dan dipercayai bukan tinggal di kawasan tersebut.

“Saya tanya orang sekeliling, tidak ada orang yang mengenali mangsa wanita tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya