Wanita didakwa tipu isteri Alang Cham disambung reman

Wanita didakwa tipu isteri Alang Cham disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wanita yang didakwa memperdaya isteri pelawak, Along Cham membabitkan kerugian RM95,180 disambung reman sehari bagi melengkapkan siasatan kes terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, perintah itu bermula hari ini sehingga esok.

Menurutnya, perintah sambung reman itu membabitkan suspek wanita manakala suaminya sudah dibebaskan dengan jaminan pada 1 Februari lalu.

“Siasatan mendapati kesemua wang dimasukkan ke akaun suami isteri terbabit. Jadi setakat ini polis hanya membuat penahanan terhadap dua individu itu.

“Namun, polis sudah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, media melaporkan iaitu isteri Along iaitu Afreena Suhaimi tampil membuat laporan polis terhadap seorang individu dikenali sebagai Ika atas dakwaan menipu wang berjumlah RM95,180.

Afreena dilaporkan berkata, wang itu diserahkan dengan niat untuk membantu membebaskan suaminya daripada tahanan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan kemudian berkata, polis menahan suami isteri berusia lingkungan 20-an di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, pada 29 Januari.

Hussein dilaporkan berkata, siasatan mendapati wanita yang ditahan itu mempunyai lima rekod lampau berkaitan penipuan di empat negeri termasuk Selangor.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya