Wanita cedera terkena serpihan batu kedai dirempuh bas tanpa pemandu - Utusan Malaysia

Wanita cedera terkena serpihan batu kedai dirempuh bas tanpa pemandu

VIDEO tular sebuah bas persiaran yang bergerak tanpa pemandu melanggar bangunan kedai makan di Jalan Daeng Selili di Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Seorang wanita cedera selepas terkena serpihan batu bangunan kedai makan yang runtuh akibat dirempuh bas yang bergerak tanpa pemandu di Jalan Daeng Selili, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, kejadian di simpang berhampiran sebuah bank itu berlaku pada pukul 10.30 pagi.

Katanya, ketika kejadian, bas berkenaan sedang berhenti di bahu jalan sebelum bergerak sendiri dan melanggar sebuah kereta serta bangunan kedai makan di sebelah kanan jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan seorang wanita berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai itu mengalami kecederaan bengkak pada betis akibat terkena serpihan batu kedai.

“Dalam kejadian itu, pemandu bas dan kereta serta pekerja kedai makan tidak cedera. Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 14 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 14 LN 166/59),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 25 saat di Facebook yang menunjukkan sebuah bas persiaran terbabas melanggar sebuah restoran di Kuala Kangsar menyebabkan premis tersebut turut mengalami kerosakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya