Video promosi VM2026 tonjol keunikan setiap negeri

Video promosi VM2026 tonjol keunikan setiap negeri

Tiong King Sing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memperuntukkan RM1.9 juta bagi penghasilan lebih 200 video promosi dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, projek itu dibuat melalui tender terbuka dan melibatkan rakaman di pelbagai lokasi bagi memastikan kandungan video menonjolkan keunikan negara.

Katanya, video promosi tersebut turut dibahagikan mengikut zon bagi memastikan setiap negeri mendapat liputan yang lebih seimbang.

“Video ini bukan dibuat dalam tempoh singkat. Sejak tahun lepas, kita sudah mula merakam dan menapis mana yang sesuai untuk digunakan. Ia bukan satu tugas mudah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Video Promosi VM2026, di sini hari ini.

Tiong berkata, pembahagian video promosi mengikut juga dibuat bagi mengelakkan video menjadi terlalu panjang serta membolehkan promosi lebih fokus kepada keunikan setiap kawasan.

“Kita tonjolkan keunikan di setiap negeri untuk tarik lebih ramai pelancong untuk datang ke negara kita.

“Setiap zon akan merangkumi dua hingga tiga negeri, supaya kandungannya lebih relevan kepada pelancong yang ingin mengenali sesuatu destinasi dengan lebih dekat,” katanya.

Selain itu, Tiong berkata, terdapat negeri yang lebih aktif dalam promosi, manakala ada yang kurang terlibat kerana kekangan tugas lain.

Beliau berkata, pihaknya tetap akan mengadakan sesi libat urus dengan semua negeri bagi memastikan setiap destinasi mendapat perhatian sewajarnya.

“Sesetengah negeri sangat aktif dalam promosi pelancongan, tetapi ada juga yang mungkin sibuk dengan perkara lain, jadi mereka kurang aktif.

“Jika kita tunggu semua negeri beri maklum balas supaya boleh tambah baik jika ada kekurangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya