Veteran tentera pasar produk ayam perap ke London, UK

Veteran tentera pasar ayam perap ke London, UK

SHARUDDIN Omar (tengah) menunjukkan produk ayam perap yang diusahakan PVATM yang dicadang untuk turut dipasarkan ke London, United Kingdom tidak lama lagi-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Persatuan Vete­ran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) berhasrat memasarkan produk ayam perap yang diusahakan ke London, United Kingdom.

Presiden PVATM, Datuk Sharuddin Omar berkata, sebagai permulaan, pihaknya akan menyediakan sekurang-kurangnya 1,000 pek ayam perap dalam tempoh dua bulanbagi diedarkan kepada ejen di negara berkenaan untuk melihat potensi sebenar pasaran.

“Di London lain sikit, mereka tidak mahu bahan mentah sebaliknya mahu produk yang siap dipanaskan dan masak sahaja. Saya telah berhubung dengan ejen dan mereka menunggu untuk kami menghantar sampel.

“Sebelum ini kami sudah mendapat tempahan sebanyak 500,000 pek ke Singapura namun sudah tentu ia tidak sama dengan pek produk ke London. Oleh itu kami akan pilih pembungkusan yang sesuai dan akan hantar sampel ke sana,” katanya ketika ditemui di Pusat Jualan Ayam PVATM, di sini.

Jelas Sharuddin lagi, pihaknya juga akan memastikan persedia­an memasuki pasaran di United Kingdom dapat dibuat sebelum penganjuran Malaysian Festival di sana pada bulan Ogos ini.

Sharuddin berkata, PVATM yang merupakan satu-satunya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) buat veteran tentera negara ini turut menjadi antara 10 negara di bawah Gabungan Veteran Tentera Negara Asean (VECONAC).

Menurutnya, VECONAC merupakan satu platform perniagaan buat PVATM bergerak lebih maju bagi menjana pulangan lumayan buat ahli dengan mempelajari konsep model perniagaan yang dilaksanakan oleh persatuan ve­teran yang sudah mencatatkan keuntungan berbilion ringgit.

“Kami bersedia untuk mempelajari contohnya dengan Persatuan Veteran Vietnam yang sudah pun mempunyai hasil jualan sebanyak RM50 juta setahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya