VEP ke atas kenderaan Singapura belum dikuat kuasa sepenuhnya

VEP ke atas kenderaan Singapura belum dikuat kuasa sepenuhnya

ANTHONY Loke Siew Fook menyaksikan majlis menandatangani dokumen kerjasama antara Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd. Zarif Hashim (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Integrated Properties Sdn Bhd, Chong Sau Min (dua dari kiri) di DoubleTree Hilton Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Malaysia tidak akan melaksanakan penguatkuasaan terhadap Permit Masuk Kenderaan (VEP) melibatkan kenderaan asing, khususnya dari Singapura tanpa membuat sebarang pemakluman.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini kerajaan masih menggunakan pendekatan ‘lembut’ dengan memberi notis dan amaran serta memberi ruang kepada pemilik kenderaan Singapura membuat pendaftaran terlebih dahulu.

“Sistem VEP memang sudah beroperasi dan sedang berjalan, kita kesan setiap kenderaan asing yang masuk ke negara ini, cuma dari segi penguatkuasaan kita masih ambil pendekatan lembut.

“Apabila tiba fasa seterusnya, iaitu untuk melakukan penguatkuasaan VEP sepenuhnya, kita akan maklumkan terlebih dahulu, tidak akan terus kuat kuasa tanpa memaklumkan kepada umum,” katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik Pembangunan Hartanah Bersepadu di Bukit Chagar antara Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) dan Sunway Integrated Properties Berhad (Sunway) di Hotel DoubleTree By Hotel, di sini semalam.

Bermula 1 Oktober tahun lalu, Malaysia melaksanakan sistem VEP membabitkan kenderaan asing dari Singapura bagi memastikan mereka mematuhi undang-undang jalan raya di negara ini.

Dalam pada itu, Siew Fook memaklumkan kementeriannya bersetuju membangunkan sistem pengangkutan Aliran Transit Automasi (ART) Bertingkat di bandar raya ini bagi menyokong perkhidmatan Rapid Transit System Link (RTS Link).

Menurutnya, perkara itu telah dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet, Disember lalu dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) akan mengeluarkan Notis Pelawaan Cadangan (RFP) dalam masa terdekat.

“Kerajaan Johor memohon pembinaan ART Bertingkat dan kita menyokong hasrat tersebut. Kelebihan sistem pengangkutan ini adalah ia boleh dibangunkan dengan lebih cepat berbanding Transit Aliran Ringan (LRT). ART Bertingkat juga lebih fleksibel dengan laluannya melibatkan rel dan laluan untuk bas, berbeza berbanding LRT yang hanya untuk satu sistem pengangkutan sahaja,” katanya sambil memaklumkan pelaksanaan projek itu adalah secara kerjasama awam dan swasta bagi membolehkannya dilakukan dalam tempoh lebih singkat.

Beliau turut memberitahu, sebahagian besar pembinaan infrastruktur rel RTS Link telah berjaya disiapkan menjelang tarikh 31 Januari lepas selain penyiapan penuh kerja-kerja pembinaan infrastruktur rel bagi Kategori Tahap 1. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya