Ustaz didakwa amang seksual fizikal menangis tidak dibenarkan jamin - Utusan Malaysia

Ustaz didakwa amang seksual fizikal menangis tidak dibenarkan jamin

ANGGOTA polis mengawal tertuduh yang berhadapan pendakwaan melakukan amang seksual fizikal di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang tenaga pengajar sebuah madrasah yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki menangis apabila mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadapnya.

Tertuduh yang berusia 31 tahun itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan meraba kemaluan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di sebuah bilik hotel di Jalan Tandop Utama, Kota Setar pada 2.35 pagi, 22 Februari lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurfatin Mastura Asri manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Imran Farouk.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh yang turut berhadapan tujuh lagi pertuduhan di bawah seksyen sama di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang.

Mohd. Imran meminta jaminan minima dibenarkan atas alasan tertuduh perlu menyara keluarga selain tidak melanggar syarat ditetapkan Mahkamah Sesyen Butterworth yang memberikan jaminan terhadapnya.

Bagaimanapun, Nurfatin Mastura memohon mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam yang mana tertuduh dianggap berbahaya kepada mangsa lain, walaupun tidak menganggu mangsa-mangsanya dalam kes dihadapinya.

Pihak pendakwaan memaklumkan, kes yang dihadapi tertuduh hari ini berlaku selepas dia diberi jamin setelah pertuduhan terdahulu, selain faktor mangsa-mangsanya yang berlainan.

Hakim kemudian menetapkan jaminan tidak dibenarkan terhadap tertuduh dan tarikh 23 Mac untuk sebutan semula kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya