Ulasan Anora: Puteri cerita dongeng yang seperti ini - Utusan Malaysia

Ulasan Anora: Puteri cerita dongeng yang seperti ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJUJURNYA saya sudah banyak kali kecewa dengan persembahan karya yang mengangkat golongan subkultur iaitu mereka yang hidup dalam kepercayaan, budaya yang bertentangan dengan norma dominan. Watak-watak yang ditampilkan seringkali terasa kurang ‘bercakap’ atau dalam kata mudah, tidak begitu manusiawi.

Saya memberi Anora peluang untuk menyita dua jam 19 minit saya dan ternyata ia keputusan yang begitu bermakna. Mungkin pengarahnya, Sean Baker sudah beberapa kali mengutarakan golongan marginal menerusi projek seperti Tangerine (2015), Red Rocket (2021) juga The Florida Project (2017) membuatkan Anora terhasil begitu ranum sekali.

Anora bercerita tentang Ani lakonan sangat cemerlang Mikey Madison (Better Things) seorang gadis 23 tahun yang juga pekerja seks di kelab malam.

Dia kemudian bertemu anak lelaki orang terkaya Russia, Vanya usia 20 tahun yang kemudian melamarnya untuk berkahwin. Sangat indah, ibarat dongeng dahulu kala di mana perempuan tersiksa diselamatkan putera. Tapi Sean Baker mempunyai cerita berbeza dalam Anora.

Mari kita bercakap tentang dongeng yang selalu berhujung ‘hidup bahagia selamanya’ setelah seorang perempuan diselamatkan lelaki baik dalam Cinderella, Sleeping Beauty, Rapunzel termasuklah Bawang Merah Bawang Putih. Tapi jika kita perhatikan, tidak semua yang dilihat menyelamatkan betul-betul menyelamatkan.

Vanya sangat romantis ketika melamar Ani dan menjanjikannya istana besar, percutian dengan kapal terbang peribadi dan harta melimpah. Di kelab, Ani dipanggil Cinderella bertemu putera yang menyelamatkannya daripada kehidupan miskin.

Tapi Vanya tidak berniat menyelamatkan, sekadar mahu berseronok menikahi perempuan Amerika kemudian membiarkan isterinya dimaki keluarga kerana sangat memalukan berkahwin dengan pekerja seks.

PEREMPUAN YANG MELAWAN

Saya sebenarnya penat melihat Ani menjerit-jerit mempertahankan perkahwinan. Namun apabila saya berfikir lagi, Sean Baker sedang menyinggung dongeng dengan melahirkan Ani, puteri dongeng yang tidak takut maki, mahu mempertahankan diri.

Tapi seperti dongeng lain, termasuk Ani. Perempuan hanyalah subjek yang terperangkap di dalam sistem. Sekuat apapun lolongannya, dia tetap kalah diugut orang kaya, hilang kerja, kembali hidup miskin seperti biasa. Ani tidak berasa dilindungi walaupun dalam pekerjaan.

Anora menyinggung nasib pekerja seks di Amerika Syarikat (AS). Berbanding United Kingdom (UK), pekerja seks di AS tidak memiliki manfaat, perlindungan undang-undang selain tidak mempunyai kesatuan rasmi seperti Kesatuan Seks Antarabangsa (IUSW) di UK. Perkara ini membuatkan mereka sukar mendapat perkhidmatan kesihatan, insurans pengangguran dan perlindungan keselamatan.

Dalam kesedihan Anora, di situlah lahirnya Igor, lelaki yang menurut saya sunyi, tidak kaya tapi satu-satunya yang mahu melayan Ani sebagai manusia. Bahkan dia berkata, dia lebih suka menyapanya sebagai Anora berbanding Ani yang direka untuk panggilan di kelab.

Babak penutup filem ini sangat mengesankan. Anora menangis di dada Igor setelah mengetahui bahawa dongeng hari ini

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya