Tukang nesi direman tujuh hari siasat kes tetak laki

Tukang nesi direman tujuh hari siasat kes tetak laki

SEORANG tukang besi (hadapan) direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan seorang lelaki  cedera parah di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang tukang besi yang disyaki terlibat dalam kejadian tetak sehingga menyebabkan seorang lelaki cedera parah di Jalan Wong Ah Fook, di sini semalam direman tujuh hari.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Mohammad Izham Mohd. Aliyas di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Perintah tahanan reman  hingga Selasa depan dikeluarkan bagi membantu siasatan lanjut kes di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan menerima laporan berkaitan pergaduhan berhampiran Merlin Tower di Jalan Meldrum, di sini pukul 2.29 petang semalam.

Siasatan awal mendapati mangsa, iaitu seorang lelaki penganggur berusia 43 tahun cedera parah pada bahagian kepala dipercayai ditetak dengan senjata tajam oleh suspek.

Punca kejadian disyaki akibat pergaduhan mulut antara kedua-dua individu yang berada di bawah pengaruh alkohol. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya