Tukang masak mengaku bersalah cederakan saudara lelaki

Tukang masak mengaku bersalah cederakan saudara lelaki

OH Hee Leng (dua dari kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen, Butterworth, Pulau Pinang atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap saudara lelakinya. - UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang tukang masak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap saudara lelakinya, bulan lalu.

Tertuduh, Oh Hee Leng, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas lelaki berusia 33 tahun di Kampung Telok, Sungai Dua pada 31 Januari 2025 kira-kira pukul 4 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan perbuatan tertuduh di bawah kesalahan yang tidak dibenarkan untuk proses ikat jamin.

Selain itu, mangsa yang sedang dirawat di hospital dilaporkan masih belum sedarkan diri.

Mahkamah menangguhkan hukuman pada 7 Mac ini sementara menunggu laporan perubatan mangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya