Tujuh warga Indonesia dituduh curi di pelantar minyak - Utusan Malaysia

Tujuh warga Indonesia dituduh curi di pelantar minyak

TUJUH warganegara Indonesia yang dituduh mencuri di pelantar minyak tidak berpenghuni dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai tujuh warganegara Indonesia dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mencuri di sebuah pelantar minyak tidak berpenghuni di perairan negeri ini, 20 Februari lalu.

Pertuduhan ke atas tujuh lelaki berusia 25 hingga 45 tahun itu dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak.

Kesemua tertuduh berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK).yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pendakwaan ke atas mereka tidak dapat dijalankan kerana tidak memahami bahasa Melayu.

Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Izani Nashtasya Isa kemudian memohon mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi proses melantik juru bahasa serta laporan kimia analisis cap jari semua tertuduh.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada semua tertuduh memandangkan mereka adalah warga negara asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Iffah Nabihah kemudian menetapkan 28 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Utusan Malaysia pada 21 Februari lalu melaporkan tujuh warganegara Indonesia ditahan selepas disyaki menceroboh dan mencuri di sebuah pelantar minyak tidak berpenghuni di perairan Terengganu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya