Tujuh warga Indonesia ditahan ceroboh pelantar minyak 

Tujuh warga Indonesia ditahan ceroboh pelantar minyak 

SEBAHAGIAN daripada barangan yang cuba dicuri oleh warga Indonesia di sebuah pelantar minyak tidak berpenghuni di perairan Terengganu, semalam. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tujuh warganegara Indonesia ditahan selepas disyaki menceroboh dan mencuri di sebuah pelantar minyak tidak berpenghuni di perairan Terengganu, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kepten Maritim Mohd. Khairulanuar Abdul Majid berkata, kesemua suspek itu dipercayai cuba mencuri barangan seperti kabel, bateri dan panel solar di pelantar milik sebuah syarikat cari gali minyak tempatan.

Katanya, Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu menerima maklumat daripada syarikat cari gali minyak terlibat berhubung pencerobohan pelantar tersebut yang terletak di kedudukan 77 batu nautika dari sini, pada 1.30 petang, kelmarin.

Menurutnya, bertindak atas aduan, sebuah kapal Maritim Malaysia yang sedang dalam penugasan Op Iman digerakkan ke lokasi dan tiba di lokasi di pelantar minyak itu pada pukul 9 malam dan sebelum dapat menaiki pelantar itu pada pukul 11.30 pagi semalam berikutan keadaan gelap dan laut bergelora.

“Hasil pemeriksaan di atas pelantar minyak oleh anggota Maritim Malaysia menemukan kesan kabel yang dipotong, longgakkan bateri dan peralatan yang digunakan seperti pemotong kabel, set spanar serta tali.

“Penggeledahan lanjut  menemukan tujuh warganegara Indonesia berusia antara 25 tahun hingga 45 tahun bersembunyi di ruang ventilasi pelantar minyak tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Mohd. Khairulanuar berkata, hasil siasatan mendapati kesemua suspek dihantar ke pelantar tersebut menggunakan sebuah bot, namun pemandu bot tersebut melarikan diri setelah melihat kehadiran kapal yang membawa kru operasi itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya