TNB arah henti operasi helikopter kedua

Helikopter terhempas: TNB arah henti operasi helikopter kedua

KEADAAN  helikopter jenis Bell 206 Long Rang L4 yang musnah terbakar ketika mendarat berhampiran Kolam Air Panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, Pahang. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengarahkan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang turut terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan di tapak projeknya di kawasan ini.

TNB dalam satu kenyataan memaklumkan, ia berikutan kejadian sebuah helikopter terhempas ketika mendarat untuk mengisi minyak berdekatan tapak projek miliknya di kawasan terbabit yang meragut satu nyawa.

“Laporan awal menyatakan bahawa juruterbang berjaya dikeluarkan dengan selamat manakala seorang pekerja syarikat helikopter iaitu warga Indonesia meninggal dunia. 

“Pasukan bomba juga telah memadamkan kebakaran di lokasi kejadian. TNB akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden ini. Kami juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, ” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, seorang jurutera yang bertugas di lapangan dilaporkan maut selepas helikopter jenis Bell 206 Long Rang L4  terbakar ketika mendarat berhampiran Kolam Air Panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN