PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh.
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Ahli Parlimen Pekan itu memberitahu, pihaknya akan berbuat demikian dalam minggu ini selewat-lewatnya, Jumaat ini.
Jelasnya, permohonan tersebut difailkan rentetan daripada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan bahawa Ahmad Terrirudin yang kini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan telah menerima Titah tersebut.
Pada 11 Januari lalu, Anwar mengesahkan bahawa Peguam Negara telah menerima Titah Adendum yang menitahkan agar Najib menjalani baki hukuman penjaranya di kediamannya namun sehari selepas menerima Titah tersebut, berlaku pertukaran Yang DiPertuan Agong.
Anwar menyatakan perkara itu pada Program Muhibbah Madani anjuran Yayasan Muhibbah Malaysia di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL