Tindakan biadap tidak wajar berlaku di masjid

Tindakan biadap tidak wajar berlaku di masjid

MOHAMMAD FAHMI NGAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan biadap cubaan rogol seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali tidak sewajarnya berlaku terutama di tempat beribadat umat Islam.

Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, tindakan itu juga boleh membawa persepsi negatif orang ramai bahawa masjid tempat tidak selamat dan terdedah kepada perbuatan jenayah.

Katanya, kerajaan negeri meminta siasatan dan tindakan segera terhadap suspek yang membuat cubaan merogol kanak-kanak itu.

“Saya telah memanjangkan laporan ini kepada Ketua Polis Selangor untuk membuat siasatan daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta gambar yang dibekalkan.

“Sekiranya benar, tindakan segera terhadap pelaku ini perlu diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, tular di media sosial satu insiden cubaan merogol kanak-kanak perempuan dalam ruang solat jemaah wanita di masjid berkenaan sekitar waktu solat Subuh.

Mohammad Fahmi berkata, tindakan itu juga boleh membawa persepsi negatif orang ramai bahawa masjid tempat tidak selamat dan terdedah kepada perbuatan jenayah.

“Saya menyeru pengunjung masjid terus berwaspada dan membuat laporan segera kepada pihak berkuasa sekiranya wujud cubaan sebegini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya